New Divide

Saturday, July 31, 2010

New Stage

Lama sudah aku tak update blog ni..blog ni dah lama terbiar macam semak samun..tapi nasib baik takde rumput-rumput segala tumbuh..alhamdullillah..hihi actually saaaaangat banyak kejadian-kejadian beserta fenomena-fenomena semulajadi kehidupan yang dah terjadi kat diri aku ni. Now aku pun dah selamat menamatkan pengajian selama 3 tahun di negeri darul iman. Akhirnya aku menamatkan pengajian dengan agak membanggakan (iye ke?) tetapi penuh dengan penyesalan yang tak sudah. Apa penyesalan itu?akan aku ceritakan pada update yang akan datang. Sekarang aku mau ceritakan tentang fasa baru selepas tamat study..haaa apa lagi, dunia pekerjaan la. Aduhh..aku rasa macam serabut je dengan kerja baru aku nanti. Macam tension pun ada. Income not bad la..tapi mesti teruk kerja tu nanti..hoho apa perlu aku buat..aku tau someday aku kena bergelumang juga dengan ketensenan bekerja, harap2 aku berjaya melepasi segala cabaran tersebut, yeah! Esok start masuk rumah sewa berdekatan tempat kerja. Nasib aku baik sebab aku dapat duduk serumah dengan classmate aku. Alhamdulillah..harap semuanya ok.Yeah, selamat bekerja untuk aku dan juga siapa2 yang bekerja. TBC..