New Divide

Tuesday, August 30, 2011

Rayaaaaa!!!

Hari ini 30 August 2011 bersamaan 1 Syawal 1432H. Ada beberapa jam sahaja lagi semua umat Islam bakal meraikan hari kemenangan pada tahun ini. Entry kali ini agak menyimpang dari perayaan yang bakal menjelang.Tapi, seperti biasa dan tahun-tahun sebelum ni, aku masih lagi berjaga di jam ini. Sebab apa? haa tahun-tahun lepas aku sibuk mengemas, menggosok baju, menyiapkan apa yang patut di saat-saat akhir menjelang hari raya..

Tetapi, tahun ni lain sedikit..sudah siap mengemas/menggosok baju abang-abang n abahku, aku membuka laptop dan beronline seketika untuk merehatkan minda. Beronline boleh merehatkan minda ke?of course, ini lah salah satu cara aku sejak di kampus dulu. Dan untuk dijadikan cerita, aku sambung mencari-cari, mengintai dan menjenguk blog-blog yang aku rasa aku mau follow.

Friday, August 26, 2011

Hari bahagia di bulan Ogos~





Dup dap dub dap..jantungku berbunyi meriah di kala ini..tidak sabar rasa nya mahu menghadapi hari-hari bahagiaku..oh, tidak ketinggalan juga hari-hari bahagia bagi umat Islam..hehe



RAYA - satu perkataan yang mengandungi sejuta pemahaman yg sama bagi semua umat Islam..



Serius. Aku tidak sabar menunggu ketibaan hari Sabtu ini. Hari dimana anak-anak kepada mak dan abah akan pulang ke kampung halaman kami. Yuhuu..balik kampung..ooo balik kampung..hehe bercuti selama seminggu di kampung halaman bersama keluarga tercinta..amat menarik bukan?



Sunday, August 21, 2011

Tiada rezeki..

Hye! sudah besar kamu-kamu semua ya :) Maaf la, bukan sibuk atau malas menaip, cuma ketiadaan sumber internet sahaja..hehe tetapi sudah mengsubscribe broadband sekarang..hehe
So cerita kali ini saya mahu berkongsi tentang situasi yang selalu kita hadapi sama ada rakan-rakan, saudara mara atau kekasih kita sendiri - Tiada Rezeki

Tipulah kalau anda semua tidak pernah menghadapi situasi begini..selalu sahaja kan?
Dan selalu juga kita dengar.."ala nak buat macamana, dah takde rezeki...", "takpe la, maybe bukan rezeki awak", "sekarang bukan rezeki kakak, mana tau esok lusa rezeki kakak pulak"
Sound familiar right?hehe
Yeah, I also admit that and always face the same thing but different situation.

Bayangkan la kita memang teringin sangat hendak memiliki sesuatu tersebut..tetapi tidak kesampaian..disebabkan telah dibeli oleh orang lain, atau telah dimiliki oleh orang lain..
Walhal, sudah beberapa kali kita menilai, membandingkan harga barang tersebut dengan kedai-kedai lain atau menjalankan penyelidikan tentang sesuatu tersebut untuk kita miliki..
Dan apabila telah puas melakukan penyelidikan, perbandingan dan penilaian, kita membuat keputusan untuk mengambilnya menjadi milik kita tetapi telah diambil oleh orang lain terlebih dahulu..agak kecewa bukan?
Tetapi itulah realiti kehidupan..kita tidak akan dapat semua yang kita inginkan..apa yang perlu kita buat adalah redha dengan ketentuan-Nya..Dia telah merancang rezeki atau barang yang lebih baik untuk kita..dan kita sebagai sahabat, keluarga, sanak saudara atau kekasih, perlu terus memberi kata-kata semangat kepada mereka supaya tidak kecewa, putus asa serta terus berusaha untuk memiliki apa yang diinginkan. :)