New Divide

Thursday, September 13, 2012

Jangan terlalu tinggi

Ok, fuhhh..Bismillah..
Setiap kali ini lah first ayat saya nak cakap..lama tak menulis atau post something di blog ini.
Sebenarnya entri kali ni saya nak highlight satu perkara yang sering berlaku di sekeliling kita.
Orang apabila sudah popular, ramai peminat, mesti akan lupa dan tiada masa untuk melayan orang-orang biasa kan. Tapi mereka tidak sedar orang-orang biasa ni lah yang akan menyokong, mengkritik dan menasihati mereka secara tidak langsung. Jika layanan yang diberikan sama rata dan tiada pilih kasta, mereka akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada orang popular ni. Tetapi jikalau mereka melayan orang-orang biasa ni dengan tidak ikhlas dan memilih kasta, kritikan dan kutukan lah yang akan diterima.

Untuk dijadikan cerita dan tauladan kepada semua, ada seorang penulis sebuah laman web remaja ini mengupdate twitter dan facebook nya dengan bertanyakan jalan ke sebuah tempat di lembah Klang. Saya dengan rela hati tulus ikhlas dari sanubari memberitahu direction ke tempat tersebut dan balasan yang secara acuh tidak acuh diterima. Ok, saya berfikir itulah cara biasa dia membalas comment2 peminat. Tetapi secara tiba2 ada seorang lagi kenalannya yang memberikan direction yang sama, balasan comment yang diterima sungguh mesra dan ramah. Dush! Terkedu sesaat di situ.

p/s: Hidup jangan terlalu meninggi diri sehingga terlupa yg rendah





Wednesday, May 23, 2012

Monday, May 21, 2012

~ Galeri Blues ~
Pertemuan dan perpisahan adat manusia..
Walaupun kita cuba mengelaknya ia tetap terjadi..
Bertemu kerana Allah, berpisahnya tidak sengsara..

Tiada yang bakal berubah jika diri tidak mengubah..
Tabahkanlah hatimu dan teruskanlah perjuanganmu kerana Allah..
Ianya tidak bernoktah kerana perpisahan ini..

Aku akan cuba tabahkan hati kerana perpisahan ini..
Walaupunku tahu ianya sukar bagiku..

Aku memohon maaf darimu
di atas segala kesalahan, kesilapan dan kekasaran yang aku lakukan
selama kita bersama..

Hanya padaMu Tuhan ku mohon kesempatan..
Ketemukanlah kami semula jika Engkau izinkan..
InsyaAllah..

Monday, May 14, 2012

Alam Yang Setia

Ok, entry kali ini saya nak story pasal mall baru yg akan dibuka di sini tak lama lagi. Ya saya tau saya hanya menumpang di bumi Klang ini, tetapi niat saya baik untuk mencari rezeki. Takkan nk promoted mall orang lain pun salah. huhhh tak mau kawan.
Actually bukan lah saja2 nak jadi promoter sambilan mall ni, tapi saya rasa mall ni sangat2 istimewa, limited edition, hebat. Hehe. Jeng jeng jeng...





PANDANGAN DARI NKVE


Haaa...inilah yg saya maksudkan..cantik bukan?Nak lagi? Taaraaa..



PANDANGAN DARI DEPAN


Bukan apa, saya sangat kagum dengan kewujudan mall ni..hebatnya kuasa Allah..berada di tengah2 tanah yang sangat luas bersebelahan dengan highway NKVE, terletak di Setia Alam. Semua sedia maklum kot Setia Alam adalah sebuah kawasan yg sedang membangun. Ia memerlukan 6 tahun untuk menjadi seakan2 sebuah bandar yang cukup kemudahannya. Sebuah unit rumah di sini berharga RM300,000++, copp, itu paling murah, bukan paling mahal atau sederhana. phewww.

Ok, lagi2..


PANDANGAN BELAKANG I



PANDANGAN BELAKANG II

Pernah tak anda terfikir atau terlihat atau melihat mana2 mall yang mempuyai latar belakang sebegini indah?Sudah tentu tidak kerana kebanyakannya dipenuhi dengan kenderaan2 dan bangunan2 yang diselaputi asap tebal. Paling tidak pun akan dikelilingi dengan hotel2 murah dan 5 bintang. Tetapi di sini, inilah dunia anda. Rasai sendiri ketenangannya.
Fakta bukan auta :

1. Setia City Mall ini akan dibuka secara rasminya pada 17 Mei 2012 ini.
2. Penulis adalah seorang yang cintakan keamanan dan pokok2.





Monday, April 9, 2012

Move on please!

Yeah, sound familiar rite?
Takde benda lain ke yang nak dihadap?Lagi2 benda yang sama. Pusing2 tang tu jugak. Tak bosan ke?Tak bosan?siapa kata?Ingat saya suka ke hadap macam ni?Sengaja nak hadap?Dah takde keje lain?huhh..

Inilah susahnya deal dengan manusia. Deal dengan berukband jauh lagi senang. Semasa meningkat remaja, kita tak boleh lari dari masalah2 sebegini. Remaja?Remajakah saya?Haha dah gedabak kot. Tapi still kena hadap benda or lebih mudah dikatakan sebagai masalah. Ya, masalah. Ia tak akan jadi masalah kalau masing2 memenuhi kehendak dan keinginan antara satu sama lain. Yang jadi masalahnya jika vice versa terjadi.

Apa yang saya harapkan, ada hikmah disebalik semua ini.

Tuesday, January 17, 2012

get out pls..will ya?




Time study..


ya aku sangat rindukan saat2 tersebut..semester 1, 2, 3 dan sampai la ke-6..urghh, kejapnya masa berlalu..dan sekarang aku sudah bekerja..menjadi wanita bekerjaya. haha
realitinya aku sangat2 tidak menyukai suasana, keadaan masa2 menjadi dewasa ni..tolong, aku tak rela! :( tapi, masa dah jauh meninggalkan kita..sangat jauh..tak caya?cuba kau kejar balik masa yg dah berlalu. tak payah banyak, satu saat yang lepas pun kau boleh kejar balik?kalau boleh, sah! kau memang bukan manusia.

satu hari nanti aku mau kembali mengretro balik kenangan2 zaman pembelajaran aku, zaman aku belajar menjadi manusia..ya itu lebih tepat. mau mengimbau kembali kenangan2 silam, pahit manis payau tawar. oh Terengganu..