Actually bukan lah saja2 nak jadi promoter sambilan mall ni, tapi saya rasa mall ni sangat2 istimewa, limited edition, hebat. Hehe. Jeng jeng jeng...
PANDANGAN DARI NKVE
Haaa...inilah yg saya maksudkan..cantik bukan?Nak lagi? Taaraaa..
PANDANGAN DARI DEPAN
Bukan apa, saya sangat kagum dengan kewujudan mall ni..hebatnya kuasa Allah..berada di tengah2 tanah yang sangat luas bersebelahan dengan highway NKVE, terletak di Setia Alam. Semua sedia maklum kot Setia Alam adalah sebuah kawasan yg sedang membangun. Ia memerlukan 6 tahun untuk menjadi seakan2 sebuah bandar yang cukup kemudahannya. Sebuah unit rumah di sini berharga RM300,000++, copp, itu paling murah, bukan paling mahal atau sederhana. phewww.
Ok, lagi2..
PANDANGAN BELAKANG I
PANDANGAN BELAKANG II
Pernah tak anda terfikir atau terlihat atau melihat mana2 mall yang mempuyai latar belakang sebegini indah?Sudah tentu tidak kerana kebanyakannya dipenuhi dengan kenderaan2 dan bangunan2 yang diselaputi asap tebal. Paling tidak pun akan dikelilingi dengan hotel2 murah dan 5 bintang. Tetapi di sini, inilah dunia anda. Rasai sendiri ketenangannya.
Fakta bukan auta :
1. Setia City Mall ini akan dibuka secara rasminya pada 17 Mei 2012 ini.
2. Penulis adalah seorang yang cintakan keamanan dan pokok2.
2. Penulis adalah seorang yang cintakan keamanan dan pokok2.
No comments:
Post a Comment