New Divide

Thursday, February 9, 2017

Nasi Lan Kedah di Shah Alam

Assalamualaikum.

Seperti biasa kalau dah start entry sini maknanya aku ada banyak masa dan mood baik untuk menulis. Ops, menaip.

Recently aku memang suka jalan jalan cari makan dengan husband. Then tadi baru la first time aku try Nasi Lan Kedah yang kat Shah Alam tu. Aku first time la tapi husband aku dah penah try before this.

Disebabkan public holiday Thaipusam ni, husband bawak la breakfast dekat mamak depan FAM Kelana Jaya tu. Aku makan mee wantan. Tu nanti aku story later.

Lepas tu kitorang pegi la Sunway Piramid. Nak pegi Paradigm macam hambar gila je. Then si anak pun dah mengamuk-ngamuk dalam tu sebab penat plus mengantuk semua, so kitorang decide balik je la, cari makan kat luar. Huhu.

Then husband ajak pegi Nasi Lan ni.

Amboi.

Panjang beratur. Haha. Macam dah kat Kedah pulak (padahal tak penah pegi).

Husband pegi la beratur. Maybe sebab cuti tu yang ramai. Aku syak kalau weekend pun sama jugak ramai macam ni. Beratur dalam 20-25 minit gak la.

Meja dia kira agak banyak jugak sebab dia amik 2 lot kedai. 1 untuk beratur beli lauk pauk semua, the. sebelah dia memang meja je, so agak banyak.

Aku ambil ayam goreng, sotong and sayur. Husband punya ayam goreng and sayur. Air laici and teh ais. Total RM30+.



Pada aku a bit priceyyy. Sebab amik sotong kot..haha. Tapi sotong macam tak kena dengan tekak aku, macam tak berapa masak then jadi sedikit hanyir. Tapi lain orang lain selera dia kan, maybe orang lain ok kot. Oh ya, nasi dia warna kuning ya, maybe letak kunyit or else la. Tu yang jadi kelainan Nasi Lan Kedah ni.

Overall okay, nasi and kuah-kuah dia sedapp.

Ok sesiapa yang tak tau nak makan mana kat Shah Alam ni, boleh try ni.

Alamat : 2730, Jalan Serai Wangi G 16/G, Seksyen 2, 40200, Shah Alam.
**Belok kiri selepas JPJ Padang Jawa.

Masa buka : 9AM - 9PM

*sumber maklumat google


Friday, April 29, 2016

Nur Shakila turns 1!

Assalamualaikum

26 April yang lalu genaplah umur Kila 11 bulan. How time flies! Rasanya baru semalam rasa sakit contraction nak bersalin. Haha. So lagi sebulan dia nak setahun. Duk fikir-fikir nak buat apa masa birthday dia nanti. Aku adalah idea nak buat tu tapi tak tau la suami setuju ke tidak. Tunggu je la ye.

So aku plan nak buat ala-ala potluck picnic party. Disebabkan ada tempat dekat yang sesuai dengan kitorang, idea tu tiba-tiba datang. Plan nak buat dekat Setia City Park. Tempat tu memang sesuai la untuk lepak-lepak baring-baring atas rumput. Jangan over sangat macam Hindustan sudah la ye.

Berangan je la dulu ye. Jadi ke tak jadi tu tak tau la.


 
Ni ha yang aku maksudkan tempat dia. Sesuai sangat kan?
 
 
 
So nanti akan jadi ala-ala macam ni la.
p/s:  sumber google

 
Nice je :)
p/s:  sumber google

 
Ni omputih punya ni. Idok le sebijik cenggini.
p/s:  sumber google

 
Ok ni salah satu side dekat Setia City Park tu. Biasa wedding outdoor diorang buat kat sini :)
p/s:  sumber google


p/s:  sumber google
 

 
Colourfull! :)
p/s:  sumber google

p/s:  sumber google
 

p/s:  sumber google
 
 
Ok that's all. Doa-doa la jadi ye.
 

Friday, March 18, 2016

Vacation : Grand Lexis Port Dickson

Dah dekat  2 bulan baru sempat nak update.

Fyi, new year hari tu kitorang pegi short vacation. Aku ni memanglah suka sangat jalan-jalan kan dan kebetulan dapat pulak 'durian runtuh' dari company (dibaca ESOS) haha.

Kebetulan juga dah lama teringin nak stay dekat Grand Lexis ni tapi sebelum ni manalah ada duit nak stay tempat mahal-mahal kan. Aku booked dalam sebelum sebelum macam tu la. Duduk 2 hari 1 malam. Around RM800+ tapi puas hati la. Sekali seumur hidup je nak oi. Actually tak berapa paham kenapa sampai jadi 800 sebab aku booked untuk bilik 2 orang, dalam tu dia kata around 500 lebih tapi bila total and sum up semua jadi 800. Nak pegi punya pasal, bayar je la kan.

Fyi aku booked direct dalam website dia. Malas nak cari survey2 dalam trivago la, booking.com la. Harga lebih kurang je sebenarnya takde beza sangat.

Dalam website dia kata check in pukul 4PM tapi kau tak payah la ikut bulat-bulat check in 4PM, rugi.
Aku sampai sana dalam pukul 1PM, boleh je check in and dapat kunci semua. Masa check in tak payah bawak beg-beg semua dulu, check in pun sekejap je kat kaunter tu pastu diorang akan bawak buggy pegi kat kereta kau amik beg-beg dan bawak ke bilik korang.

Kalau korang rajin and nak sihat, jalan je kaki bawak beg-beg and cari bilik sendiri. huhuhu. Tak kuasa aku. haha.  Overall ok la Grand Lexis ni dan yang sangat oknya, aku dapat bilik Executive Deluxe (2 king size katil). Patut la bayar agak mahal. huhu. Aku rasa aku dah betul dah booking bilik 1 katil je. Hurmm malas nak check-check lagi, syukur sangat la dapat bilik besar untuk kitorang 3 orang nih.

Sangat-sangat selesa dan focus kitorang private swimming pool tu je. hehe. Masuk-masuk je husband terus terjun dalam tu. haha. Kalau untuk honeymoon sesuai sangat la. Korang boleh la mandi sesame dalam tu takde sape tengok pun. hehe.


 
Ni lah bilik kitorang. Ada 2 katil besar. Boleh guling-guling dalam tu.


 
Untuk business man/women yang stay sini untuk bekerja ada la
paper/note/planner untuk u all.
 
 
 
 
Ini bahagian bilik air. Ada cermin besar untuk korang berus gigi/basuh muka/keringkan rambut.
Ada pengering rambut tau kat tepi cermin tu.
 
 

Ini bahagian pantry. Besar kan. Sapa bawak family besar boleh masak-masak dalam ni.
Semua complete, siap ada pembukak tin diorang lekat dekat dinding tu.
Peti ais ada dekat depan ye bawah tv.
 
 

Ni bahagian antara pantry dan bilik air.
 
 

Ada iron, ironboard and peti besi.
So tak payah pening-pening nak iron tudung camana.
 
 

Ni pantry kitorang amik gambar dari jauh sikit.
 
 
Aku suka dia susun the/gula/kopi dia ni. Letak dalam box. Macam exclusive gitu :p
 

Ni sabun-sabun,berus gigi, sikat semua ada. Standard la kan.


 
Toilet dia. Separate dengan shower. Nampak tak 1 layer kertas atas tu..maknanya tu 1st time korang yang guna toilet after dia bersihkan.

 
Taraaaa. Ni la view pool dari dalam bilik. Fyi, pintu tu macam ketat sikit nak bukak.
Yela diorang buat macam tu untuk safety purposes, so kanak-kanak tak sewenang-wenangnya boleh bukak.
 
 
View pool dari belah depan. Agak besar gak pool ni untuk kami 3 orang (sorang baby 6 bulan..haha).
Puas mandi :)
 
 
Antara view-view yang kitorang sempat amik. Yang ni kena jalan sikit area2 situ, ada satu tempat untuk viewing. Cantik :)

 
Lagi satu view dari tempat tu.
 
 
NI view dekat celah-celah barisan bilik-bilik dia. Bilik sea view mahal lah sikit kot.
 
Even banyak lagi gambar yang rasa nak tepek kat sini tapi cukup la kot. Bersawang duk dalam draft sebenarnya. haha. k bye.
 
 

Thursday, January 21, 2016

The best cakoi in the world

Assalamualaikum.

Aku ni paling lah suka time cuti-cuti or weekend je pegi cari breakfast kat luar.

Soooo heaven lah la kalau cuti tu bangun pagi-pagi, mandi dan keluar pegi cari breakfast. Rasa sangat produktif. Ye la orang pun kata kalau bangun pagi-pagi ni jugak murah rezeki ye tak.

Kebetulan pulak last weekend kitorang nak pegi belanja barang dapur sekali, so sekali jalan la.

Sebab dah lama tak pegi kedai ni, last pun masa awal-awal kawin dulu..so kitorang pegi la makan kat sini.

Nama kedai ni Restoran Gembira. Dekat Seksyen 3, Shah Alam. Aku tak tau la apa asal usul dan kenapa dinamakan Gembira. Tak sempat nak Tanya tuan kedai. Tapi orang-orang shah alam mesti dah tau kedai ni femes dengan cakoi dia. Tak sah kalau kau tak order cakoi dia. Wajib order ok! haha. Sebab cakoi dia ni sedap la pada aku. So fluffy and paling suka dia punya kuah. Ala-ala caramel sauce gitu. Manis-manis.

Konsep kedai ni kau kena pusing at least 3-4 round dulu baru dapat parking. haha ok tipu. kalau luck, dapat la parking dekat. Selain tu konsep dia kau amik bayar baru makan. haa gitu.

Time breakfast ada nasi lemak, roti canai, cakoi, kuih muih dan lontong. Standard la untul breakfast. Hari tu husband makan nasi lemak sambal sotong+telur mata+teh tarik total RM9++. Aku order roti telur+cakoi+teh ais total around RM6. A bit pricy bagi kitorang yang berpendapatan sederhana ni tapi still ok sebab sedap! haha.

Kalau korang nak cari tempat breakfast dekat shah alam, aku suggest kedai ni.

 
Ni lah rupa cakoi dia dengan roti telur. Fyi, cakoi dia berharga 60 sen satu :) dap dap.


Friday, July 24, 2015

Tegar bukan tegar penyanyi Indon

Assalamualaikum dan salam satu jiwa :)
Haihh malas betul la si Lyna ni nak mengupdate blog ni kan..
Almaklumlah..sangat2 busy dengan kerja kat ofis.


Ok takpe, now sempat saya mengupdate sedikit di satu sudut blog ni.



*************************************************************************************


Apa itu tembakau?Tiba2 nak tulis pasal ni sebab sekarang tengah benci+geram gila dengan asap busuk dari belakang nih. Tembakau adalah hasil pertanian yang di proses daripada daun tumbuh-tumbuhan genus Nicotiana yang segar. Penggunaan tembakau dalam jangka masa panjang akan mengakibatkan risiko terhadap berbagai-bagai jenis kanser, angin ahmar, penyakit2 kardiovaskular dan respirasi (pernafasan). Jangka hayat yang jelas lebih pendek dikaitkan dengan merokok. Fullstop.




*************************************************************************************




Dan..tak perlu rasa nya nak terangkan segala kesan2 dan akibat2 daripada merokok ni. Of course saya perempuan, tak tau apa2 pasal rokok, pasal nikmat merokok nih. Cakap senang la untuk jangan merokok atau berhenti daripada merokok. Selalu la kita dengar kata hati lelaki macam tu kan. Kalau kita marah atau nasihat, kata kita membebel pulak. Sibuk kan hal dia la. Walhal, kita sangat2 risau dan ambil berat pasal dia. Demi masa depan dia juga. Itulah lelaki. Kadangkala sukar untuk difahami walaupun abang kandung sendiri.




Para lelaki di luar sana, tolonglah faham perasaan orang2 di sekeliling yang menyayangi kamu. Sesungguhnya mereka hanya mahukan yang terbaik untuk kamu. Jika tidak boleh berubah dan berhenti merokok dalam masa yang singkat, berubahlah perlahan2..dia sentiasa ada untuk menyokong kamu.

Dari bujang, isteri dan ibu

Assalamualaikum wbt

Kedengaran bunyi labah-labah dan anai-anai pulak dalam blog ni. Korang ada dengar tak?
Haha. Ok ok, setelah sekian lama bertahun aku tinggalkan blog ni bersawang. 2 tahun beb.
2014 langsung takde entri. 2015 pun dah nak masuk akhir tahun.

Maaflah sebab aku tengah melalui fasa-fasa kritikal dalam hidup seorang perempuan. Now cerita dia aku dah kawin dan dah ada anak perempuan sorang berusia 2 bulan.

Alkisahnya finally aku bertunang pada 22 Dec 2013 dengan jejaka idaman malaya...cewahh. Ikat tak sampai setahun dan alhamdulillah rezeki kawin awal tu dipermudahkan Allah swt. Aku nikah pada 31 Ogos 2014 sekali dengan kenduri kahwin. Nikah pagi, petang bersanding. Biasalah orang Johor. Kat tempat aku masih lagi mengamalkan cara macam ni..senang sekali harung penat. Sajalah pilih date merdeka sebab public holiday semua orang cuti dan orang lain pun boleh ingat aku punya tarikh kawin. Haha. Majlis aku buat sederhana je kat rumah dan masih lagi merewang oleh orang kampung.
Siapa kata zaman sekarang budget kawin bawah 10k tak boleh buat majlis? Aku bukannya banyak duit dan suami aku pun sederhana je so kita buat la cara kita ye dak. Janji settle akad nikah.

Ok tak sampai pun setahun kawin dah dikurniakan cahaya mata. Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi atas rezekiNya. Walaupun aku kawin agak lewat sikit dan kawan-kawan lain dah masuk anak kedua, aku bersyukur sangat. Ada ramai lagi kat luar sana yang belum ada rezeki. InsyaAllah kita doakan mereka ya. Satu lagi yang aku bersyukur sangat diberi kesempatan untuk menjadi isteri kepada suami  aku sekarang ni. Kitorang kenal sejak zaman u lagi. Alhamdulillah jodoh yang tak disangka sebab kitorang tak penah tegur sampailah last sem..hehe. Dia sentiasa ada bila masa susah senang aku. Semoga ikatan ni kekal sampai syurga.

Berkenaan puteri comel aku, dia lahir pada 26 Mei 2015 hari tu jam 2.25 petang dengan berat 2.15kg. Hehe kecik je kan. Masa pregnant hari tu punyalah berat aku naik berbelas belas kilo, ingatkan lah baby pun besar rupanya lemak je yang banyak..haha. So now aku berperang dengan lemak ni nak bagi hilang balik. Huhu stresss! Baby ni lahir kat Shah Alam atas permintaan papa dia nak jadi orang Selangor. Wuwuwu hilang sorang keturunan JDT. Tak penting tu la, yang penting baby sempurna sihat walafiat. Banyak preparation kitorang buat untuk sambut anak ni dan tak lupa jugak culture shock yang kitorang tempuh after jadi parent ni. Hehe. Biasalah baru dapat anak sorang, banyak sungguh cabaran dan dugaan yang hebat-hebat.

Ok, nak mandikan anak sudah. Next time kita cerita lagi pasal ni ok. Kalau nak tau details preparation sambut baby baru lahir ni pun boleh. Nanti cerita next entri ya.

Assalamualaikum.

Sunday, March 10, 2013

Sebuah kehampaan

Salam.

Hai. Jumpa lagi kita..Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk bernafas. Entri yang berbaur kesedihan dan kehampaan bukan? Apa yang hendak diketengahkan di sini adalah takdir..qada dan qadar. Sebagai umat Islam, kita perlu menerima qada dan qadar Allah kan?

Apakah perasaan anda jika hati dan semangat anda 100% menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap sesuatu tetapi akhirnya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan? Rasa yang sangat jahanam bukan?

Contoh yang baru sahaja berlaku, team bola negeri kesayangan anda kalah ketika berjuang. Anda telah menanamkan semangat dan harapan yang tinggi sepenuh hati anda. Pergi ke stadium dengan rasa yang sangat teruja. Bersorak sepenuh hati. Hanya tinggal kepercayaan terhadap pemain. Tetapi kemenangan tidak menyebelahi dan jurang score agak banyak. Hati mana yang tidak sedih? Jiwa mana yang tidak kacau? Lebih2 lagi bila melihat penyokong team lawan bersorak gembira dan provokasi berlaku di alam maya. Sedih. Tetapi itulah dia adat permainan. Ada kalah ada menang dan perkara itu sebenarnya bukan luar biasa. Sangat selalu terjadi di sekelililng kita. Sebagai manusia yang rasional, kita perlu menerima kekalahan dengan hati yang rela dan tidak sedikit pun menanam sifat berdendam kepada pasukan lawan. Kita adalah manusia yang bertamadun dan yang lebih penting lagi, tidak ada sedikit pun perasaan goyah dan hilang kepercayaan terhadap pasukan negeri tercinta. Insyaallah dengan bersatu hati antara semua penyokong, kita mampu bangkit semula :)

Thursday, September 13, 2012

Jangan terlalu tinggi

Ok, fuhhh..Bismillah..
Setiap kali ini lah first ayat saya nak cakap..lama tak menulis atau post something di blog ini.
Sebenarnya entri kali ni saya nak highlight satu perkara yang sering berlaku di sekeliling kita.
Orang apabila sudah popular, ramai peminat, mesti akan lupa dan tiada masa untuk melayan orang-orang biasa kan. Tapi mereka tidak sedar orang-orang biasa ni lah yang akan menyokong, mengkritik dan menasihati mereka secara tidak langsung. Jika layanan yang diberikan sama rata dan tiada pilih kasta, mereka akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada orang popular ni. Tetapi jikalau mereka melayan orang-orang biasa ni dengan tidak ikhlas dan memilih kasta, kritikan dan kutukan lah yang akan diterima.

Untuk dijadikan cerita dan tauladan kepada semua, ada seorang penulis sebuah laman web remaja ini mengupdate twitter dan facebook nya dengan bertanyakan jalan ke sebuah tempat di lembah Klang. Saya dengan rela hati tulus ikhlas dari sanubari memberitahu direction ke tempat tersebut dan balasan yang secara acuh tidak acuh diterima. Ok, saya berfikir itulah cara biasa dia membalas comment2 peminat. Tetapi secara tiba2 ada seorang lagi kenalannya yang memberikan direction yang sama, balasan comment yang diterima sungguh mesra dan ramah. Dush! Terkedu sesaat di situ.

p/s: Hidup jangan terlalu meninggi diri sehingga terlupa yg rendah