New Divide

Sunday, October 16, 2011

Make your life greater!

Tolong, aku perlukan semangat. Ya Allah, kuatkanla semangat hambaMu ini Ya Allah.
Ya, aku sedar aku sentiasa perlukan pertolongan n perlindungan dari Allah tapi aku juga perlukan seseorang di ketika ini. Tapi takde sape pun yang memahami dan akhirnya, aku simpan lagi semuanya seorang diri.

Then make your life greater..kehidupan adalah tentang sebuah penghargaan. Apa pun yang terjadi, sehebat mana pun ujian yg Allah beri pada kita, kita perlu menghadapinya dengan akal bukan dengan emosi semata2. Hargai lah kehidupan korang, banyak lagi tanggungjawab kita didunia ini. Banyak lagi kejayaan2 yang perlu korang capai. Banyak lagi kenikmatan hidup sebagai hamba Allah dimuka bumi ini yang perlu korang kecapi. Banyak lagi manusia2 disisi korang yg sayangkan korang. Teruskan hidup!

Saturday, October 1, 2011

Hai kamu-kamu semua..apa khabar? tiba-tiba rasa rajin pulak nak menaip dengan kewujudan mood malam ni..recently i'm very stress with my work..ala biasa la, keje kan..mana ada yang tak stress and tension. Ok, fine. Terpaksa menelan hakikat yang sangat2 pahit (bayangkan anda sedang mengunyah sayur peria..uuuuu)

Apa faktor-faktor penyebab stress di tempat keje?Antara nya adalah :
1. Kena marah dengan bos - yeah, ini memang faktor utama. Siapa tahan beb kalau hari-kena marah. Kalau buat salah of course la kena marah, tapi kadang-kadang tak bersalah pun kena marah?Ni yang buat bengang and very frustrated.

2. Work overloaded - ha yang ini memang patut korang stress yang teramat. Company kedekut nak hire pekerja lagi sorang satu hal, ini ada kena buat kerja orang lain..ada ke patut?haishh tak patut, tak patut..mentang2 la budak tu baru masuk, akak2 semua nak buli dia ye.

3. Officemate tak sebulu - err tak sebulu and tak sekepala agak sama la ok. Macamana la nak bekerja dengan orang2 yang saling mendengki antara satu sama lain?Tak boleh tengok kawan2 senang. Rapat sikit dengan bos kata kipas bos lah. Naik pangkat sikit, kata tak adil la. Mangumpat sana sini, memfitnah sini sana..faktor penyumbang jugak tu yang membuatkan tak dapat fokus pada kerja.

4. Gaji ciput - sekarang ni kalau kerja kt area lembah Klang, gaji 2k pun dah kira sangat miskin. Mana tak nye, sewa rumah dah 500, kete/motor kena bayar lagi at least 500 jugak, minyak motor/kete lagi..makan pagi petang malam lagi..sapa duduk dengan family untung la..kalau perantau macam aku ni?huwaaa..tapi takpe, di mana ada kemahuan di situ ada makanan..ye dok?

5. Ok, last2..Workplace surrrounding - kalau tempat kerja pun dah macam tempat kucing beranak, ada ke perasaan tenang nak buat kerja? Dengan furniture yang tak complete and tak tersusun, dengan meja2 bersepah dengan kertas2 recycle and paper work, lantai berabuk, ada tikus and lipas berkejar-kejaran..mau ka?

Ok, di atas tu hanyalah beberapa faktor penyumbang kepada tekanan di tempat kerja ye..ada banyak lagi sebenarnya korang paham2 sendiri la ye kepada yang sedang and pernah bekerja tu. Time2 ni la rasa nak sambung belajar balik la apa la..and kalau boleh nak belajar je sampai bila2 tak yah kerja..boleh?kalau bapak kau tokey kapal boleh la.

Ok then..tiba-tiba aku mau sertakan sekali link kt bawah ni untuk tatapan dan pengajaran semua..yang membuatkan aku ter'rajin' nak menulis malam ni. .Kredit to BrontoXS1. Hayati ya..


'Cinta selalu buat aku bersedih.Kenapa?kerana manusia itu sendiri yang tidak tahu menghargai erti cinta sebenar'



Tuesday, August 30, 2011

Rayaaaaa!!!

Hari ini 30 August 2011 bersamaan 1 Syawal 1432H. Ada beberapa jam sahaja lagi semua umat Islam bakal meraikan hari kemenangan pada tahun ini. Entry kali ini agak menyimpang dari perayaan yang bakal menjelang.Tapi, seperti biasa dan tahun-tahun sebelum ni, aku masih lagi berjaga di jam ini. Sebab apa? haa tahun-tahun lepas aku sibuk mengemas, menggosok baju, menyiapkan apa yang patut di saat-saat akhir menjelang hari raya..

Tetapi, tahun ni lain sedikit..sudah siap mengemas/menggosok baju abang-abang n abahku, aku membuka laptop dan beronline seketika untuk merehatkan minda. Beronline boleh merehatkan minda ke?of course, ini lah salah satu cara aku sejak di kampus dulu. Dan untuk dijadikan cerita, aku sambung mencari-cari, mengintai dan menjenguk blog-blog yang aku rasa aku mau follow.

Friday, August 26, 2011

Hari bahagia di bulan Ogos~





Dup dap dub dap..jantungku berbunyi meriah di kala ini..tidak sabar rasa nya mahu menghadapi hari-hari bahagiaku..oh, tidak ketinggalan juga hari-hari bahagia bagi umat Islam..hehe



RAYA - satu perkataan yang mengandungi sejuta pemahaman yg sama bagi semua umat Islam..



Serius. Aku tidak sabar menunggu ketibaan hari Sabtu ini. Hari dimana anak-anak kepada mak dan abah akan pulang ke kampung halaman kami. Yuhuu..balik kampung..ooo balik kampung..hehe bercuti selama seminggu di kampung halaman bersama keluarga tercinta..amat menarik bukan?



Sunday, August 21, 2011

Tiada rezeki..

Hye! sudah besar kamu-kamu semua ya :) Maaf la, bukan sibuk atau malas menaip, cuma ketiadaan sumber internet sahaja..hehe tetapi sudah mengsubscribe broadband sekarang..hehe
So cerita kali ini saya mahu berkongsi tentang situasi yang selalu kita hadapi sama ada rakan-rakan, saudara mara atau kekasih kita sendiri - Tiada Rezeki

Tipulah kalau anda semua tidak pernah menghadapi situasi begini..selalu sahaja kan?
Dan selalu juga kita dengar.."ala nak buat macamana, dah takde rezeki...", "takpe la, maybe bukan rezeki awak", "sekarang bukan rezeki kakak, mana tau esok lusa rezeki kakak pulak"
Sound familiar right?hehe
Yeah, I also admit that and always face the same thing but different situation.

Bayangkan la kita memang teringin sangat hendak memiliki sesuatu tersebut..tetapi tidak kesampaian..disebabkan telah dibeli oleh orang lain, atau telah dimiliki oleh orang lain..
Walhal, sudah beberapa kali kita menilai, membandingkan harga barang tersebut dengan kedai-kedai lain atau menjalankan penyelidikan tentang sesuatu tersebut untuk kita miliki..
Dan apabila telah puas melakukan penyelidikan, perbandingan dan penilaian, kita membuat keputusan untuk mengambilnya menjadi milik kita tetapi telah diambil oleh orang lain terlebih dahulu..agak kecewa bukan?
Tetapi itulah realiti kehidupan..kita tidak akan dapat semua yang kita inginkan..apa yang perlu kita buat adalah redha dengan ketentuan-Nya..Dia telah merancang rezeki atau barang yang lebih baik untuk kita..dan kita sebagai sahabat, keluarga, sanak saudara atau kekasih, perlu terus memberi kata-kata semangat kepada mereka supaya tidak kecewa, putus asa serta terus berusaha untuk memiliki apa yang diinginkan. :)


Wednesday, April 27, 2011

Jepun mari ~

Setelah setahun berlalu, kenangan berada di Jepun selama 2 minggu tetap segar di ingatan. Yokohama - satu2 nya 1st place saya pergi dengan menaiki flight haha (bangga sekejap) yela..selama 24 tahun eh 23 tahun (tahun lepas la kan) baru sekali tu naik flight..haha by the way, wanna to thanks to my lecturer whom select me for the oversea industrial training candidate. Oh ya..masa kat sana saya kenal la dgn seafarers MISC. Then lepas setahun, baru jumpa balik kat daratan ni..dh lain masing2..



Okeh, i got something from them..yeppi..



- Sebuah termos -


:: Tiada niat langsung nak berbangga dgn setabak itu ok, juz wanna appreciated the give from others ::




Monday, April 25, 2011

Pengaruh siapa?

Hari ni saya balik kerja agak lambat..ada sesuatu yang saya nak kongsikan berkenaan kesan2 balik lambat dari kerja. Guys, penah tak korang langgar lampu merah? alah, selalu je kan..hehe
Pada org lain biasa je kot..tapi saya tak biasa. Boleh pulak selamba je saya langgar traffic light yang sedang merah menyala dengan diiringi oleh deretan kereta2 dari arah bertentangan. Yang pastinya masa tu saya tak fokus langsung, saya tak sengaja..=( Amik kau, menggigil kepala lutut kot sebab hampir2 nk kebabom dengan kereta mazda putih ni. Seram sejuk sampai rumah. Fobia sekejap..huhu ok2, cukup. Nanti takleh drive lak esok.

Tapi bukan itu tajuk utama saya nk post malam ni. Bukak2 je fb, tertarik dengan satu status ni :

"JOM KONGSI DETIK BERMULANYA SOKONGAN ANDA TERHADAP SUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA..BILAKAH TERCETUSNYA DI DALAM HATI UNTUK MENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA?DAN DARIPADA SIAPAKAH?BAPA ABANG KAWAN2 OR DIRI SENDIRI YANG NAK SOKONG?

Ada satu je yang tak d sebut..boyfie. Sejak2 Malaysia excellent ni makin mendalam lak minat saya kat bola sepak. Lagi2 bila mana teman saya adalah penyokong kuat pasukan Selangor and Malaysia ni sendiri. Senang cite, bola sepak tempatan la. Dari situ lah saya kenal apa itu Malaysia, apa itu stadium, apa itu ultras, apa itu fanatik, apa itu curva, tifo, capo, chant, flare, banner, bom asap etc. Yang paling penting, apa itu jiwa anak Malaysia. Kalau nak disebut memang sampai esok tak cukup dengan apa yang saya dapat belajar dari perkataan B.O.L.A.
Thanks to my soulmate. Dia adalah penyokong tegar. Kejelousan saya terserlah bila dia bersama2 brotherhood nya. Betapa bahagia nya dapat luangkan masa dengan kawan2 yang sejiwa. Dan saya sangat2 tabik dengan kawan2 nya. Korang memang terbaik.

Sunday, April 24, 2011

Muka baru :)

Yeay! Lama kot tak jenguk blog ni. Dah berlumut segala..hehe tapi kali ni, ia berpenampilan baru. Berjaya juga mengupdate, menukar dan mendesign sejak jam 8 malam tadi. Dahsyat kan..hehe Almaklumlah..jarang kot berblog2, tak familiar lagi untuk mengupdate yang canggih2 macam org lain. Eh, rupa2 nya ni comment first dalam tahun 2011 kan. Dah bulan April dah pun..lama nya tinggal. Ok cukup, tak boleh panjang2, nanti makin mengarut..esok mau bekerja lagi setelah 3 hari bercuti2 Malaysia..hehe ada masa nanti saya update lagi dengan story yang lagi membuatkan korang tak nak berenti membaca :)

P/s: Try check out Najwalatif in youtube..quite talented!