Hai kamu-kamu semua..apa khabar? tiba-tiba rasa rajin pulak nak menaip dengan kewujudan mood malam ni..recently i'm very stress with my work..ala biasa la, keje kan..mana ada yang tak stress and tension. Ok, fine. Terpaksa menelan hakikat yang sangat2 pahit (bayangkan anda sedang mengunyah sayur peria..uuuuu)
Apa faktor-faktor penyebab stress di tempat keje?Antara nya adalah :
1. Kena marah dengan bos - yeah, ini memang faktor utama. Siapa tahan beb kalau hari-kena marah. Kalau buat salah of course la kena marah, tapi kadang-kadang tak bersalah pun kena marah?Ni yang buat bengang and very frustrated.
2. Work overloaded - ha yang ini memang patut korang stress yang teramat. Company kedekut nak hire pekerja lagi sorang satu hal, ini ada kena buat kerja orang lain..ada ke patut?haishh tak patut, tak patut..mentang2 la budak tu baru masuk, akak2 semua nak buli dia ye.
3. Officemate tak sebulu - err tak sebulu and tak sekepala agak sama la ok. Macamana la nak bekerja dengan orang2 yang saling mendengki antara satu sama lain?Tak boleh tengok kawan2 senang. Rapat sikit dengan bos kata kipas bos lah. Naik pangkat sikit, kata tak adil la. Mangumpat sana sini, memfitnah sini sana..faktor penyumbang jugak tu yang membuatkan tak dapat fokus pada kerja.
4. Gaji ciput - sekarang ni kalau kerja kt area lembah Klang, gaji 2k pun dah kira sangat miskin. Mana tak nye, sewa rumah dah 500, kete/motor kena bayar lagi at least 500 jugak, minyak motor/kete lagi..makan pagi petang malam lagi..sapa duduk dengan family untung la..kalau perantau macam aku ni?huwaaa..tapi takpe, di mana ada kemahuan di situ ada makanan..ye dok?
5. Ok, last2..Workplace surrrounding - kalau tempat kerja pun dah macam tempat kucing beranak, ada ke perasaan tenang nak buat kerja? Dengan furniture yang tak complete and tak tersusun, dengan meja2 bersepah dengan kertas2 recycle and paper work, lantai berabuk, ada tikus and lipas berkejar-kejaran..mau ka?
Ok, di atas tu hanyalah beberapa faktor penyumbang kepada tekanan di tempat kerja ye..ada banyak lagi sebenarnya korang paham2 sendiri la ye kepada yang sedang and pernah bekerja tu. Time2 ni la rasa nak sambung belajar balik la apa la..and kalau boleh nak belajar je sampai bila2 tak yah kerja..boleh?kalau bapak kau tokey kapal boleh la.
Ok then..tiba-tiba aku mau sertakan sekali link kt bawah ni untuk tatapan dan pengajaran semua..yang membuatkan aku ter'rajin' nak menulis malam ni. .Kredit to BrontoXS1. Hayati ya..
'Cinta selalu buat aku bersedih.Kenapa?kerana manusia itu sendiri yang tidak tahu menghargai erti cinta sebenar'
No comments:
Post a Comment