New Divide

Sunday, March 10, 2013

Sebuah kehampaan

Salam.

Hai. Jumpa lagi kita..Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk bernafas. Entri yang berbaur kesedihan dan kehampaan bukan? Apa yang hendak diketengahkan di sini adalah takdir..qada dan qadar. Sebagai umat Islam, kita perlu menerima qada dan qadar Allah kan?

Apakah perasaan anda jika hati dan semangat anda 100% menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap sesuatu tetapi akhirnya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan? Rasa yang sangat jahanam bukan?

Contoh yang baru sahaja berlaku, team bola negeri kesayangan anda kalah ketika berjuang. Anda telah menanamkan semangat dan harapan yang tinggi sepenuh hati anda. Pergi ke stadium dengan rasa yang sangat teruja. Bersorak sepenuh hati. Hanya tinggal kepercayaan terhadap pemain. Tetapi kemenangan tidak menyebelahi dan jurang score agak banyak. Hati mana yang tidak sedih? Jiwa mana yang tidak kacau? Lebih2 lagi bila melihat penyokong team lawan bersorak gembira dan provokasi berlaku di alam maya. Sedih. Tetapi itulah dia adat permainan. Ada kalah ada menang dan perkara itu sebenarnya bukan luar biasa. Sangat selalu terjadi di sekelililng kita. Sebagai manusia yang rasional, kita perlu menerima kekalahan dengan hati yang rela dan tidak sedikit pun menanam sifat berdendam kepada pasukan lawan. Kita adalah manusia yang bertamadun dan yang lebih penting lagi, tidak ada sedikit pun perasaan goyah dan hilang kepercayaan terhadap pasukan negeri tercinta. Insyaallah dengan bersatu hati antara semua penyokong, kita mampu bangkit semula :)