New Divide

Friday, July 24, 2015

Tegar bukan tegar penyanyi Indon

Assalamualaikum dan salam satu jiwa :)
Haihh malas betul la si Lyna ni nak mengupdate blog ni kan..
Almaklumlah..sangat2 busy dengan kerja kat ofis.


Ok takpe, now sempat saya mengupdate sedikit di satu sudut blog ni.



*************************************************************************************


Apa itu tembakau?Tiba2 nak tulis pasal ni sebab sekarang tengah benci+geram gila dengan asap busuk dari belakang nih. Tembakau adalah hasil pertanian yang di proses daripada daun tumbuh-tumbuhan genus Nicotiana yang segar. Penggunaan tembakau dalam jangka masa panjang akan mengakibatkan risiko terhadap berbagai-bagai jenis kanser, angin ahmar, penyakit2 kardiovaskular dan respirasi (pernafasan). Jangka hayat yang jelas lebih pendek dikaitkan dengan merokok. Fullstop.




*************************************************************************************




Dan..tak perlu rasa nya nak terangkan segala kesan2 dan akibat2 daripada merokok ni. Of course saya perempuan, tak tau apa2 pasal rokok, pasal nikmat merokok nih. Cakap senang la untuk jangan merokok atau berhenti daripada merokok. Selalu la kita dengar kata hati lelaki macam tu kan. Kalau kita marah atau nasihat, kata kita membebel pulak. Sibuk kan hal dia la. Walhal, kita sangat2 risau dan ambil berat pasal dia. Demi masa depan dia juga. Itulah lelaki. Kadangkala sukar untuk difahami walaupun abang kandung sendiri.




Para lelaki di luar sana, tolonglah faham perasaan orang2 di sekeliling yang menyayangi kamu. Sesungguhnya mereka hanya mahukan yang terbaik untuk kamu. Jika tidak boleh berubah dan berhenti merokok dalam masa yang singkat, berubahlah perlahan2..dia sentiasa ada untuk menyokong kamu.

Dari bujang, isteri dan ibu

Assalamualaikum wbt

Kedengaran bunyi labah-labah dan anai-anai pulak dalam blog ni. Korang ada dengar tak?
Haha. Ok ok, setelah sekian lama bertahun aku tinggalkan blog ni bersawang. 2 tahun beb.
2014 langsung takde entri. 2015 pun dah nak masuk akhir tahun.

Maaflah sebab aku tengah melalui fasa-fasa kritikal dalam hidup seorang perempuan. Now cerita dia aku dah kawin dan dah ada anak perempuan sorang berusia 2 bulan.

Alkisahnya finally aku bertunang pada 22 Dec 2013 dengan jejaka idaman malaya...cewahh. Ikat tak sampai setahun dan alhamdulillah rezeki kawin awal tu dipermudahkan Allah swt. Aku nikah pada 31 Ogos 2014 sekali dengan kenduri kahwin. Nikah pagi, petang bersanding. Biasalah orang Johor. Kat tempat aku masih lagi mengamalkan cara macam ni..senang sekali harung penat. Sajalah pilih date merdeka sebab public holiday semua orang cuti dan orang lain pun boleh ingat aku punya tarikh kawin. Haha. Majlis aku buat sederhana je kat rumah dan masih lagi merewang oleh orang kampung.
Siapa kata zaman sekarang budget kawin bawah 10k tak boleh buat majlis? Aku bukannya banyak duit dan suami aku pun sederhana je so kita buat la cara kita ye dak. Janji settle akad nikah.

Ok tak sampai pun setahun kawin dah dikurniakan cahaya mata. Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi atas rezekiNya. Walaupun aku kawin agak lewat sikit dan kawan-kawan lain dah masuk anak kedua, aku bersyukur sangat. Ada ramai lagi kat luar sana yang belum ada rezeki. InsyaAllah kita doakan mereka ya. Satu lagi yang aku bersyukur sangat diberi kesempatan untuk menjadi isteri kepada suami  aku sekarang ni. Kitorang kenal sejak zaman u lagi. Alhamdulillah jodoh yang tak disangka sebab kitorang tak penah tegur sampailah last sem..hehe. Dia sentiasa ada bila masa susah senang aku. Semoga ikatan ni kekal sampai syurga.

Berkenaan puteri comel aku, dia lahir pada 26 Mei 2015 hari tu jam 2.25 petang dengan berat 2.15kg. Hehe kecik je kan. Masa pregnant hari tu punyalah berat aku naik berbelas belas kilo, ingatkan lah baby pun besar rupanya lemak je yang banyak..haha. So now aku berperang dengan lemak ni nak bagi hilang balik. Huhu stresss! Baby ni lahir kat Shah Alam atas permintaan papa dia nak jadi orang Selangor. Wuwuwu hilang sorang keturunan JDT. Tak penting tu la, yang penting baby sempurna sihat walafiat. Banyak preparation kitorang buat untuk sambut anak ni dan tak lupa jugak culture shock yang kitorang tempuh after jadi parent ni. Hehe. Biasalah baru dapat anak sorang, banyak sungguh cabaran dan dugaan yang hebat-hebat.

Ok, nak mandikan anak sudah. Next time kita cerita lagi pasal ni ok. Kalau nak tau details preparation sambut baby baru lahir ni pun boleh. Nanti cerita next entri ya.

Assalamualaikum.