Assalamualaikum wbt
Kedengaran bunyi labah-labah dan anai-anai pulak dalam blog ni. Korang ada dengar tak?
Haha. Ok ok, setelah sekian lama bertahun aku tinggalkan blog ni bersawang. 2 tahun beb.
2014 langsung takde entri. 2015 pun dah nak masuk akhir tahun.
Maaflah sebab aku tengah melalui fasa-fasa kritikal dalam hidup seorang perempuan. Now cerita dia aku dah kawin dan dah ada anak perempuan sorang berusia 2 bulan.
Alkisahnya finally aku bertunang pada 22 Dec 2013 dengan jejaka idaman malaya...cewahh. Ikat tak sampai setahun dan alhamdulillah rezeki kawin awal tu dipermudahkan Allah swt. Aku nikah pada 31 Ogos 2014 sekali dengan kenduri kahwin. Nikah pagi, petang bersanding. Biasalah orang Johor. Kat tempat aku masih lagi mengamalkan cara macam ni..senang sekali harung penat. Sajalah pilih date merdeka sebab public holiday semua orang cuti dan orang lain pun boleh ingat aku punya tarikh kawin. Haha. Majlis aku buat sederhana je kat rumah dan masih lagi merewang oleh orang kampung.
Siapa kata zaman sekarang budget kawin bawah 10k tak boleh buat majlis? Aku bukannya banyak duit dan suami aku pun sederhana je so kita buat la cara kita ye dak. Janji settle akad nikah.
Ok tak sampai pun setahun kawin dah dikurniakan cahaya mata. Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi atas rezekiNya. Walaupun aku kawin agak lewat sikit dan kawan-kawan lain dah masuk anak kedua, aku bersyukur sangat. Ada ramai lagi kat luar sana yang belum ada rezeki. InsyaAllah kita doakan mereka ya. Satu lagi yang aku bersyukur sangat diberi kesempatan untuk menjadi isteri kepada suami aku sekarang ni. Kitorang kenal sejak zaman u lagi. Alhamdulillah jodoh yang tak disangka sebab kitorang tak penah tegur sampailah last sem..hehe. Dia sentiasa ada bila masa susah senang aku. Semoga ikatan ni kekal sampai syurga.
Berkenaan puteri comel aku, dia lahir pada 26 Mei 2015 hari tu jam 2.25 petang dengan berat 2.15kg. Hehe kecik je kan. Masa pregnant hari tu punyalah berat aku naik berbelas belas kilo, ingatkan lah baby pun besar rupanya lemak je yang banyak..haha. So now aku berperang dengan lemak ni nak bagi hilang balik. Huhu stresss! Baby ni lahir kat Shah Alam atas permintaan papa dia nak jadi orang Selangor. Wuwuwu hilang sorang keturunan JDT. Tak penting tu la, yang penting baby sempurna sihat walafiat. Banyak preparation kitorang buat untuk sambut anak ni dan tak lupa jugak culture shock yang kitorang tempuh after jadi parent ni. Hehe. Biasalah baru dapat anak sorang, banyak sungguh cabaran dan dugaan yang hebat-hebat.
Ok, nak mandikan anak sudah. Next time kita cerita lagi pasal ni ok. Kalau nak tau details preparation sambut baby baru lahir ni pun boleh. Nanti cerita next entri ya.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment