New Divide

Thursday, February 9, 2017

Nasi Lan Kedah di Shah Alam

Assalamualaikum.

Seperti biasa kalau dah start entry sini maknanya aku ada banyak masa dan mood baik untuk menulis. Ops, menaip.

Recently aku memang suka jalan jalan cari makan dengan husband. Then tadi baru la first time aku try Nasi Lan Kedah yang kat Shah Alam tu. Aku first time la tapi husband aku dah penah try before this.

Disebabkan public holiday Thaipusam ni, husband bawak la breakfast dekat mamak depan FAM Kelana Jaya tu. Aku makan mee wantan. Tu nanti aku story later.

Lepas tu kitorang pegi la Sunway Piramid. Nak pegi Paradigm macam hambar gila je. Then si anak pun dah mengamuk-ngamuk dalam tu sebab penat plus mengantuk semua, so kitorang decide balik je la, cari makan kat luar. Huhu.

Then husband ajak pegi Nasi Lan ni.

Amboi.

Panjang beratur. Haha. Macam dah kat Kedah pulak (padahal tak penah pegi).

Husband pegi la beratur. Maybe sebab cuti tu yang ramai. Aku syak kalau weekend pun sama jugak ramai macam ni. Beratur dalam 20-25 minit gak la.

Meja dia kira agak banyak jugak sebab dia amik 2 lot kedai. 1 untuk beratur beli lauk pauk semua, the. sebelah dia memang meja je, so agak banyak.

Aku ambil ayam goreng, sotong and sayur. Husband punya ayam goreng and sayur. Air laici and teh ais. Total RM30+.



Pada aku a bit priceyyy. Sebab amik sotong kot..haha. Tapi sotong macam tak kena dengan tekak aku, macam tak berapa masak then jadi sedikit hanyir. Tapi lain orang lain selera dia kan, maybe orang lain ok kot. Oh ya, nasi dia warna kuning ya, maybe letak kunyit or else la. Tu yang jadi kelainan Nasi Lan Kedah ni.

Overall okay, nasi and kuah-kuah dia sedapp.

Ok sesiapa yang tak tau nak makan mana kat Shah Alam ni, boleh try ni.

Alamat : 2730, Jalan Serai Wangi G 16/G, Seksyen 2, 40200, Shah Alam.
**Belok kiri selepas JPJ Padang Jawa.

Masa buka : 9AM - 9PM

*sumber maklumat google


No comments: